Monday 19 December 2011

Skandal NFC: SPRM, polis jangan ‘double standard’

PENANTI 23 Nov: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia diingat supaya tidak bersikap ‘double standard’ dalam isu penyelewengan RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC).

Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Norhayati Jaafar berkata, pihak berkuasa itu perlu segera menyiasat NFC yang dimiliki keluarga  Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi membuktikan ketelusan.

“Kami mendesak SPRM dan PDRM membuktikan ketelusan mereka menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dalam skandal NFC, membabitkan wang rakyat yang telah diamanahkan oleh kerajaan,” kata beliau kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, hari ini.

Laporan polis itu merupakan satu dari 13 laporan polis yang dibuat di seluruh negara berhubung beberapa penyelewengan dalam pengurusan NFC membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Selain Shahrizat, mereka menamakan empat individu lain  iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar, dan Pengerusi NFC merangkap suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.

Menurut Norhayati, peruntukan dari hasil kutipan cukai rakyat tidak digunakan untuk rakyat, sebaliknya dimanipulasikan untuk kepentingan kroni dan suku-sakat.

“Objektif asal kementerian menyalurkan peruntukan tersebut ternyata tidak tercapai dan tersasar. Oleh kerana itu Wanita Keadilan Pulau Pinang dengan ini mendesak SPRM dan PDRM segera menyiasat dan membawa mereka yang berlaku curang sebagai pemegang amanah ke muka pengadilan,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, sekiranya Umno dan BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan negara, banyak lagi kerosakan dan pemborosan yang melibatkan wang  rakyat serta dana kerajaan akan disalahgunakan.

Sehubungan itu katanya, Umno dan BN mesti ditolak secara total dalam pilihan raya umum yang akan datang.

BACA SETERUSNYA - Skandal NFC: SPRM, polis jangan ‘double standard’

Di mana SPRM dalam isu skandal NFC

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal tiada sebarang siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun laporan sudah dibuat mengenai National Feedlot Corporation (NFC) terhadap pembelian Condo mewah di Bangsar oleh kumpulan Jingga 13.

”Kenapa sampai hari ini belum ada tindakan daripada SPRM?“Jika isu ini melibatkan Pakatan Rakyat, sudah tentu awal-awal lagi kita sudah disiasat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, skandal NFC itu membuktikan kegagalan transformasi Najib yang ingin memerangi ketirisan.
“Ini satu skandal yang boleh menjatuhkan menteri apa lagi bila diberi kepada suami dan anak.

“Apa lagi yang ingin dipertahankan sedangkan Ketua Audit Negara laporkan demikian.
“Najib hilang wibawa dan kelayakan untuk bawa reform ketika dilihat cuba mempertahankan menterinya. Ini berlawanan dengan dakwaannya untuk melakukan reformasi politik. Timbalannya pun turut mempertahankan menteri tersebut lebih awal lagi”

Hanya ketika Ketua Pemuda buka mulut barulah kesemua terdedah dengan lebih jelas lagi” tambahnya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlimen juga menyebutkan sambil berseloroh, apa yang dilihat sebagai tindakan mempertahankan Ketua Wanita Umno itu sebenarnya telah menjadi “ubat yang akan membunuh pesakit”.

Tindakan Khairy Jamaludin jelasnya telah merumitkan lagi Menteri Kabinet tersebut tentang banyak hal pembelian Kondo di Bangsar itu.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita dan Pengarah Strategi PKR, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli.

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan ingin merujuk kepada laporan beberapa media yang tersiar berhubung dengan www.sprm.gov.my National Feedlot Corporation (NFC) mengesahkan bahawa satu aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung dengan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM 9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Aduan ini telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan SPRM dan setelah diteliti aduan tersebut, bahagian itu telah mengaklasifikasikan aduan tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009).

Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009.

Tindakan telah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak PDRM.
Pengadu telahpun dimaklumkan berkenaan keputusan tersebut dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM

BACA SETERUSNYA - Di mana SPRM dalam isu skandal NFC

Skandal NFC: Usahawan Yang Mengemukakan Idea Tidak Dipanggil Semasa Proses Bidaan

Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan pimpinan Barisan Nasional termasuklah YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa penganugerahan Projek Fidlot Kebangsaan kepada syarikat milik keluarga menteri terbabit dibuat mengikut prosedur bidaan dan tender yang betul.

Saya juga merujuk kepada kenyataan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat JK Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri sendiri.

Mengambil kira keangkuhan pimpinan Umno terutamanya Ketua Wanita, Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang sedikit pun tidak mahu memahami kemarahan rakyat mengenai isu ini, KEADILAN pada hari ini mendedahkan bahawa:

1. Idea asal untuk mewujudkan sebuah industri daging dan penternakan komersil telah dibawa seawal tahun 2003 oleh sebuah syarikat usahawan muda Bumiputra.

2. Cadangan asal yang dibincangkan di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MARDI dan Kerajaan Negeri Sembilan langsung tidak membabitkan suntikan dana atau pinjaman dari kerajaan. Syarikat terbabit hanya memohon persetujuan Kerajaan Negeri untuk menyewa tapak ladang penternakan di Gemas.

3. Syarikat terbabit juga telah berjaya mendapat khidmat nasihat dan kerjasama dari Professor Jerry J Reeves, seorang pakar teknologi penternakan dari Washington State University (lihat Lampiran 1).

4. Ladang ternakan tersebut bakal menggunakan teknologi terkini untuk membangunkan baka terbaik tempatan melalui proses artificial insemination menggunakan mani dan embrio baka lembu wagyu. Proses sebegini dijangkakan adalah lebih mudah dan murah untuk membangunkan ladang satelit dan membantu penternak kecil, berbanding dengan kaedah mengimport lembu untuk digemukkan di fidlot seperti yang dibuat NFC.

5. Syarikat terbabit telah mengadakan perbincangan lanjut dengan MARDI dan hampir menandatangani MOU (lihat Lampiran 2 dan Lampiran 3).


 

6. Cadangan ini juga telah dibawa ke peringkat tertinggi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Negeri Sembilan (lihat Lampiran 4 dan Lampiran 5).

Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputra ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan.

Semasa mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpotensi untuk menerajui Projek Fidlot Kebangsaan, anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.

Oleh sebab itu, KEADILAN bertegas bahawa proses anugerah projek ini kepada NFC milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil adalah tidak telus dan menyeleweng, kerana salah satu syarikat yang paling awal mencadangkan projek ini langsung tidak dipanggil untuk turut serta. Ini telah menjadi penyakit di dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat.

Oleh itu, KEADILAN mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat oleh JK Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan beliau kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
AHLI PARLIMEN MACHANG

( Dipetik Dari Blog Anwar Ibrahim )


BACA SETERUSNYA - Skandal NFC: Usahawan Yang Mengemukakan Idea Tidak Dipanggil Semasa Proses Bidaan

Kenyataan Media Jingga 13/Gerakan MARAH Berhubung Skandal Pembelian Dua Lot Tanah Oleh NFC Di Putrajaya



JINGGA 13 pada 1 Disember 2011 telah tampil membuat laporan polis terhadap kes skandal NFC apabila keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil telah melakukan pecah amanah jenayah wang rakyat bagi tujuan iaitu :

Pada 9 Disember 2010 telah menggunakan wang pinjaman mudah RM250 juta membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622

Dana sejumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10 , Putrajaya iaitu PT 1886 dan PT 1887

Semakan bayaran melalui cek dari akuan 14160000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC di antara Januari sehingga Julai 2010 sejumlah 15 cek berjumlah RM455,423 kepada Impian Globe Network Sevices , sebuah syarikat pelancongan ke luar negara

Pada 21 Julai 2010 NFC telah memindahkan sejumlah RM 588,585 ke akaun Meatworks (Singapura ) Pte Ltd milik keluarga menteri tersebut dan ianya bertentangan dengan fungsi NFC.

Justeru , JINGGA 13/Gerakan MARAH mengadakan lawatan ke tanah yang telah dibeli oleh keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil iaitu PT1886 dan PT 1887 , namun berdasarkan siasatan yang dibuat sehingga sekarang dua bidang tanah tersebut masih di atas nama Putrajaya Holding .

Ini juga menimbulkan persoalan kenapa tanah tersebut masih belum ditukar nama sedangkan pengeluaran wang sejumlah RM3,363,507 disalurkan melalui NMLC membeli dua bidang tanah tersebut? Adakah ianya benar-benar wujud pembelian atau hanyalah langkah bertujuan mengeluarkan wang tanpa membeli tanah tersebut ?

JINGGA 13/Gerakan MARAH juga mempersoalkan ketelusan pihak polis dalam siasatan berkaitan 4 perkara termasuk pembelian dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya yang sehingga sekarang status siasatan masih lagi kabur dan tidak sepantas seperti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, yang melaporkan berdasarkan siasatan awal pihak polis bahawa pembelian kondominium One Menerung berharga RM13.8 juta tiada unsur pecah amanah jenayah .

Berdasarkan keseluruhan laporan polis yang dibuat oleh JINGGA 13 sahaja sejumlah RM 18.8 juta wang rakyat telah diseleweng dan dipecah amanah bagi tujuan yang tidak ada kena mengena atau perkaitan dengan projek lembu fitlot .

JINGGA 13/Gerakan MARAH mendesak pihak polis agar bertindak telus , adil dan profesional terhadap siasatan yang dilakukan bukan nya bertujuan untuk MEMBERSIHKAN mereka yang terlibat dengan skandal NFC . Rakyat berhak mempersoalkan berkaitan skandal NFC ini kerana ianya adalah melibatkan duit rakyat yang tidak digunakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koodinator
Jingga 13
Merangkap
Pengarah Gerakan MARAH
BACA SETERUSNYA - Kenyataan Media Jingga 13/Gerakan MARAH Berhubung Skandal Pembelian Dua Lot Tanah Oleh NFC Di Putrajaya

Pasal NFC, Orang umno bermasam muka

Jangan gaduh-gaduh, lembu banyak lagi
KUALA LUMPUR 16 Dis: Skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil jelas memberi tekanan kepada Umno- Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, parti itu kini dilihat bercakaran sesama sendiri apabila ada antara pemimpinnya turut mendesak Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Jelas menunjukkan bahawa isu lembu ini bukan direka-reka oleh KEADILAN dan kita juga nak mematahkan hujah Shahrizat yang kata kononnya kita tidak ada kerja lain,”
“Dakwaan KEADILAN jelas bukan fitnah, dan buktinya apabila pemimpin atasan Umno dan pemuda MCA pun pernah menyentuh hal ini. Dalam parti mereka sebenarnya ada rasa tidak puas hati kerana skandal (NFC) ini sampaikan antara mereka bercakaran,” kata Johari.
Semalam, sekitar 80 orang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan menyerbu pejabat Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkaitan kenyataan beliau yang mengumpamakan Shahrizat dan keluarganya “biawak hidup,”
Antara mereka hadir ialah wakil Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (Nawem) dan Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara.
Shahrizat sebelum ini turut mendapat tekanan dari Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendesak beliau untuk berundur dari jawatannya.
Malah Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut membuat kenyataan serupa dalam media tempatan.
Skandal NFC mencetuskan kontroversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan banyak penyalahgunaan wang dari dana RM250 juta yang dilaburkan dalam projek lembu tersebut.
NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.
Lebih mengejutkan, NFC didedahkan membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya

(Sumber dari Keadilandaily)
BACA SETERUSNYA - Pasal NFC, Orang umno bermasam muka

Skandal NFC: Dana NFC Digunakan Beli Mercedes Mewah, Tanah Di Putrajaya, Membiayai Percutian Mewah Dan Dipindahkan Ke Singapura

Memandangkan Ketua Wanita Umno langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:

1 - Pada 9 Disember 2009, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.

 
 
2 - Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.
 
3- Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ , (* blog telah dipadamkan oleh pemilik blog ) petikan skrin laman tersebut disertakan di Lampiran 1).

Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah). Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?

TARIKH NO CEK JUMLAH (RM)
8 Jan 2010 001376 1,524
13 Jan 2010 001406 1,709
26 Jan 2010 001465 28,476
24 Feb 2010 001540 12,743
24 Feb 2010 001543 3,076
9 Mac 2010 001587 22,400
9 Mac 2010 001590 26,572
9 Mac 2010 001592 5,776
31 Mac 2010 001671 45,428
22 April 2010 001735 27,853
13 Mei 2010 001789 45,235
25 Mei 2010 001825 3,196
18 Jun 2010 001848 120,521
16 Julai 2010 001922 89,800
16 Julai 2010 001923 21,114

JUMLAH 455,423
 

4 - Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?

Dato’ Seri Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan – sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.

KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.



MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

( Dipetik dari blog Anwar Ibrahim) 

M.A.R.A.H* Artikel ini telah ditambah dengan grafik untuk memberi gambaran lebih jelas
BACA SETERUSNYA - Skandal NFC: Dana NFC Digunakan Beli Mercedes Mewah, Tanah Di Putrajaya, Membiayai Percutian Mewah Dan Dipindahkan Ke Singapura

Jatuhkan Shahrizat, Utusan terlibat?



Tidak pernah la sebelum ini Utusan Malaysia akan datang dan buat liputan tentang isu-isu yang dibawa oleh Jingga 13, tapi apa yang berlaku ketika Jingga13 datang terjah tanah yang dikatakan dibeli oleh keluarga sharizat dengan  nilai RM 3, 303, 507 tak semena-mena datang 3 orang wartawan yang mengaku dari utusan malaysia.

Apakah timbul komplot dari pemimpin umno sendiri untuk "melembu hitamkan" sharizat dengan tujuan membersihkan nama umno yang telah rosak teruk itu.


Dalam keadaan ramai pemimpin-pemimpin umno sendiri menyuarakan ketidakpuasan hati dan meminta supaya sharizat melepaskan jawatan jadi tidak hairan sangat la secara tiba-tiba wartawan dari utusan malaysia "diarahkan" untuk membuat liputan berkenaan skandal NFC ini.

Adalah sangat mustahil sekali Utusan Malaysia akan melaporkan berita yang adil dan tidak berat sebelah, jadi apakah rasionalnya warta akhbar pro Umno itu hadir.

Tidak lain tidak bukan Utusan kini terlibat secara langsung dalam usaha menjatuhkan sharizat demi nama baik umno, itu pun jika benar wartawan tersebut dari "Utusan Malaysia"

( Dari Blog Tukang Lawan)
BACA SETERUSNYA - Jatuhkan Shahrizat, Utusan terlibat?

INILAH GAMBAR TANAH KELUARGA SHARIZAT YANG BERNILAI RM3,363,507 JUTA

Hari ini jam 2pm..
Jingga 13  telah mengadakan lawatan ke tanah Sharizat di Presint 10 di Putrajaya..

Tanah seluas dua bidang tersebut dibeli melalui akaun National Meat Lives Corporation (NMLC)  pada tahun 2009 dengan harga RM3,363,507 juta..

Di sini aku kongsikan beberapa keping gambar lawatan ke tanah tersebut...






Bukti.. plan lot tanah yang dibeli NMLC RM3.4juta..

inilah lot tanah yang di beli NMLC

inilah lot tanah yang di beli NMLC


Sharizat nak menafikan..?

( Dari Blog Liang lahad )
BACA SETERUSNYA - INILAH GAMBAR TANAH KELUARGA SHARIZAT YANG BERNILAI RM3,363,507 JUTA

Sunday 18 December 2011

Jom Melawat Tanah Kak Jat (Edisi terjah)

Syarikat Keluarga Sharizat Jalil (NMLC) telah diberikan sejumlah wang untuk dana ternakan lembu daging bertujuan meningkatkan pengeluaran bekalan daging tempatan.

Yang uniknya penyaluran wang untuk tujuan itu telah disalurkan sejak tahun 2008 sehingga tahun 2009 dan kemudiannya pada tahun 2010 barulah perjanjian ditandatangani bagi antar syarikat keluarga kak jat dengan kementerian berkenaan.

Keluarga beliau tidak punyai sebarang pengalaman berkaitan penternakan lembu, namun itu tidak menghalang kerajaan malaysia terus melantik syarikat keluarga kak jat. apakah faktor yang membolehkan syarikat keluarga kak jat layak menjalankan projek ternakan lembu nasional tersebut. adakah kerana status kak jat sebagai seorang menteri?

Wang dana tersebut telah digunakan untuk membeli 2 unit kondominium mewah di One Menerung Bangsar mungkin dengan tujuan menternak lembu disana.

Dan Syarikat milik kak Jat juga dilaporkan telah membeli 2 bidang tanah di Presint 10 Putrajaya dengan nilai belian RM3,363,507.

Jadi Jingga 13 dengan kerjasama M.A.R.A.H akan melawat tanah tersebut esok jam 2 petang, anda juga dijemput bersama kami untuk melawat dan mengira berapa ekor lembu yang diternak diatas ladang tersebut.

Apakah 2 bidang tanah tersebut dibeli dengan tujuan membuat ladang setelit demi memenuhi amanah yang telah diberikan.

Jom Serbu...
BACA SETERUSNYA - Jom Melawat Tanah Kak Jat (Edisi terjah)

Skandal NFC: MARAH dilancar, tolak penyelewengan Umno


(Oleh: keadilandaily.com)

PETALING JAYA 15 Dis: NGO Jingga 13  melancarkan kempen Mobilisasi Rakyat Anti Rasuah dan Pecah Amanah (MARAH) untuk membantah keras penyelewengan, rasuah dan pecah amanah yang dilakukan dalam negara.

Pengerusinya, Fariz Musa berkata, MARAH merupakan satu gerakan rakyat yang menolak kerakusan pimpinan politik pemerintah yang menggunakan kedudukan status dan jawatan untuk kepentingan peribadi serta ahli keluarga mereka.

Sebelum ini Jingga 13 membuat laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Namun sehingga kini pihak berkuasa tersebut masih gagal mengambil sebarang tindakan berhubung laporan itu yang menyelewengkan RM250 juta wang rakyat.

Kempen yang dijangka akan dilancarkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pandan, Kuala Lumpur pada 22 Disember ini.

Fariz menambah, pihak media turut dijemput untuk menyertai rombongan  ke dua lot tanah di Putrajaya yang dibeli oleh Keluarga Shahrizat di Presint 10, Ahad ini.

“Kita (Jingga 13) telah mengenalpasti tanah tersebut dan akan ke sana,” katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Kempen tersebut turut dimuatkan di blog, http://gerakanmarah.blogspot.com, dan laman sosial Facebook – M.A.R.A.H .
BACA SETERUSNYA - Skandal NFC: MARAH dilancar, tolak penyelewengan Umno