Thursday 29 December 2011

Sidang media Dan pra tonton video

Jingga13 akan mengadakan sidang media dan pra tonton video MISI LAWATAN JINGGA 13 KE SINGAPURA BERKAITAN SKANDAL NFC seperti  butiran berikut

Tarikh   : 29 Disember 2011 (Khamis)
Masa    : Jam 2 Petang
Tempat : Ibu Pejabat Parti Keadilan rakyat
 
Sehubungan dengan itu video-video berkenaan lawatan itu akan disiarkan di youtube dan page rasmi M.A.R.A.H

Video dan gambar-gambar berkenaan juga akan disiarkan oleh blog-blog pakatan rakyat terutama yang menjalin kerjasama dengan JINGGA 13.
 
BACA SETERUSNYA - Sidang media Dan pra tonton video

Wednesday 28 December 2011

Video Kondo Mewah Sharizat di singapura?


Pernah di dedahkan oleh saudara Rafizi Ramli dan Yb Zuraida sebelum ini. rupa -rupanya kondo yang dikatakan dibeli oleh keluarga ketua wanita umno yang juga menteri pembangunan wanita dan masyarakat itu bukan hanya tuduhan melulu.. kondo tersebut memang wujud.

JINGGA 13 telah turun sendiri menjejaki kondo tersebut. bukan main kepalang hebatnya. bangunan kaca hijau itu sangat mewah, sehingga besar lif masuknya boleh dimuatkan sebiji Myvi.

Jom lihat video dibawah.... semoga anda dapat gambaran betapa hebatnya kondo keluarga sharizat seperti yang didedahkan sebelum ini.




Hahaha... itu cuma sedikit video untuk anda, nantikan video lengkap yang akan disiarkan tidak lama lagi

Maka ingatlah kondo mewah yang dimiliki mereka adalah dari wang anda, wang rakyat. sedang orang umno bersorak mengatakan umno pembela orang melayu, lihatlah betapa mereka ini merompak dari kita. apakah kita hanya mahu tersenyum, atau KITA GULINGKAN KERAJAAN BUSUK KORUP INI...

Jika JINGGA 13 sanggup turun ke singapura untuk membuat pendedahan ini. tugas anda ialah menyampaikan informasi ini dan tumbangkan umno.

Dengan kerjasama JINGGA 13 dan M.A.R.A.H




BACA SETERUSNYA - Video Kondo Mewah Sharizat di singapura?

Monday 19 December 2011

Skandal NFC: SPRM, polis jangan ‘double standard’

PENANTI 23 Nov: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia diingat supaya tidak bersikap ‘double standard’ dalam isu penyelewengan RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC).

Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Norhayati Jaafar berkata, pihak berkuasa itu perlu segera menyiasat NFC yang dimiliki keluarga  Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi membuktikan ketelusan.

“Kami mendesak SPRM dan PDRM membuktikan ketelusan mereka menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dalam skandal NFC, membabitkan wang rakyat yang telah diamanahkan oleh kerajaan,” kata beliau kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, hari ini.

Laporan polis itu merupakan satu dari 13 laporan polis yang dibuat di seluruh negara berhubung beberapa penyelewengan dalam pengurusan NFC membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Selain Shahrizat, mereka menamakan empat individu lain  iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar, dan Pengerusi NFC merangkap suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.

Menurut Norhayati, peruntukan dari hasil kutipan cukai rakyat tidak digunakan untuk rakyat, sebaliknya dimanipulasikan untuk kepentingan kroni dan suku-sakat.

“Objektif asal kementerian menyalurkan peruntukan tersebut ternyata tidak tercapai dan tersasar. Oleh kerana itu Wanita Keadilan Pulau Pinang dengan ini mendesak SPRM dan PDRM segera menyiasat dan membawa mereka yang berlaku curang sebagai pemegang amanah ke muka pengadilan,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, sekiranya Umno dan BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan negara, banyak lagi kerosakan dan pemborosan yang melibatkan wang  rakyat serta dana kerajaan akan disalahgunakan.

Sehubungan itu katanya, Umno dan BN mesti ditolak secara total dalam pilihan raya umum yang akan datang.

BACA SETERUSNYA - Skandal NFC: SPRM, polis jangan ‘double standard’

Di mana SPRM dalam isu skandal NFC

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal tiada sebarang siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun laporan sudah dibuat mengenai National Feedlot Corporation (NFC) terhadap pembelian Condo mewah di Bangsar oleh kumpulan Jingga 13.

”Kenapa sampai hari ini belum ada tindakan daripada SPRM?“Jika isu ini melibatkan Pakatan Rakyat, sudah tentu awal-awal lagi kita sudah disiasat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, skandal NFC itu membuktikan kegagalan transformasi Najib yang ingin memerangi ketirisan.
“Ini satu skandal yang boleh menjatuhkan menteri apa lagi bila diberi kepada suami dan anak.

“Apa lagi yang ingin dipertahankan sedangkan Ketua Audit Negara laporkan demikian.
“Najib hilang wibawa dan kelayakan untuk bawa reform ketika dilihat cuba mempertahankan menterinya. Ini berlawanan dengan dakwaannya untuk melakukan reformasi politik. Timbalannya pun turut mempertahankan menteri tersebut lebih awal lagi”

Hanya ketika Ketua Pemuda buka mulut barulah kesemua terdedah dengan lebih jelas lagi” tambahnya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlimen juga menyebutkan sambil berseloroh, apa yang dilihat sebagai tindakan mempertahankan Ketua Wanita Umno itu sebenarnya telah menjadi “ubat yang akan membunuh pesakit”.

Tindakan Khairy Jamaludin jelasnya telah merumitkan lagi Menteri Kabinet tersebut tentang banyak hal pembelian Kondo di Bangsar itu.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita dan Pengarah Strategi PKR, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli.

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan ingin merujuk kepada laporan beberapa media yang tersiar berhubung dengan www.sprm.gov.my National Feedlot Corporation (NFC) mengesahkan bahawa satu aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung dengan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM 9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Aduan ini telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan SPRM dan setelah diteliti aduan tersebut, bahagian itu telah mengaklasifikasikan aduan tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009).

Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009.

Tindakan telah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak PDRM.
Pengadu telahpun dimaklumkan berkenaan keputusan tersebut dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM

BACA SETERUSNYA - Di mana SPRM dalam isu skandal NFC