Thursday 15 December 2011

Apa itu M.A.R.A.H



MARAH adalah satu manifestasi daripada rasa ‘marah’ yang membuak-buak rakyat terhadap gejala penyelewengan , rasuah dan pecah amanah yang dilakukan oleh sekelompok manusia yang sanggup mempergunakan wang rakyat bagi memenuhi nafsu serakah tanpa rasa bertanggungjawab dan bersalah .

MARAH adalah satu gerakan rakyat yang ‘marah dan benci’ terhadap segala amalan penyelewengan , rasuah dan aktiviti pecah amanah yang semakin membarah di semua peringkat .

MARAH adalah satu gerakan rakyat menolak dan membenci terhadap kerakusan dan kejelekkan pimpinan politik penguasa dan pegawai-pegawai kerajaan yang mempergunakan kedudukan , status dan jawatan dalam merealisasikan kepentingan peribadi dan ahli keluarga serta diselindungi dari sebarang tindakan undang-undang .

MARAH adalah satu usaha dalam mengangkat maruah institusi penguatkuasaan dan undang-undang  agar telus , profesional dan berintegriti dalam melaksanakan amanah tanpa mengira sesiapa agar sistem keadilan berada di atas landasan sebenarnya  serta diyakini oleh rakyat .

MARAH adalah gerakan rakyat menolak amalan nepotisme dan kronisme serta mengangkat amanah rakyat dengan penuh rasa ketanggungjawaban serta mampu membendung segala ketirisan dan kebocoran .

MARAH adalah ‘mata dan telinga’ rakyat yang akan terus memantau , memerhati dan mendengar dengan menggunakan akal fikir dalam usaha menentang segala bentuk penyelewengan , rasuah dan pecah amanah terutama melibatkan wang rakyat .

MARAH adalah tuntutan rakyat yang mencintai agama , bangsa dan negara agar direformasikan secara total serta mampu menjana tatakelola pengurusan yang lebih telus , adil dan profesional .

No comments:

Post a Comment